Site Loader

Selain itu, terdapat juga beberapa tokoh-tokoh sejarawan telah
mengelompokkan beberapa takrif yang lebih munasabah serta telah menghuraikan
pandangan dan kajian yang kritis terhadap takrifan pensejarahan. Menurut Muhd.
Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya (1988), pensejarahan ditakrifkan
sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau
sejarawan. Sejarawan akan mengkaji atau menyelidik tentang zaman, masyarakat,
peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahan.
Sejarawan juga akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran
masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial. Oleh itu, pandangan
kedua-dua sejarawan tersebut bolehlah dikatakan penulisan karya sejarah
dihasilkan mengikut bidang dan kepakaran penyelidik masing-masing yang berkait
rapat dengan kehidupan masyarakat atau peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
Pendapat di atas adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan pensejarahan
merujuk kepada penulisan sejarah atau karya sejarah yang dihasilkan oleh
sejarawan. Walaupun tugas sejarawan untuk menulis atau mentafsirkan seberapa
yang boleh berhampiran dengan kebenaran tentang peristiwa yang berlaku pada
masa lalu, maka secara umumnya, sejarah keseluruhan masa yang telah berlaku
pada masa lalu adalah bersifat objektif manakala pensejarahan pula bersifat
subjektif. Justeru, apabila sejarah ditulis semula bukanlah bermakna mengubah
sejarah tersebut tetapi pensejarahan itu diubah mengikut tafsiran ahli sejarah
tersebut di mana sejarawan cuba menghampiri kebenaran sedekat yang mungkin
terhadap peristiwa yang dikaji. Seorang lagi sejarawan iaitu Mohd. Taib Osman
pula mentafsirkan pensejarahan sebagai kisah tentang peristiwa-peristiwa
bersejarah yang disusun dalam bentuk sastera yang agak baik dan fungsinya
adalah untuk pengajaran dan kemegahan generasi semasa penulisan itu dibuat dan
keturunan-keturunan mereka.

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Rhonda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out